Bertujuan untuk menanamkan ke dalam setiap sanubari remaja muslim akan keseronokan berhibur dan hiburan adalah segala2nya dalam kehidupan ini. Kemahuan dan kecenderungan nafsu dilayan tanpa sempadan. Hasilnya, artis2 menjadi pujaan, konsert2 di mana2, iklan hiburan setiap pelusuk ruang, impian dan cita2 remaja lebih mahu menjadi glamour dan selebriti dan 1001 macam perkara buruk yang kita boleh nampak sendiri. Maka, tersebarlah pesta maksiat, zina, mabuk arak, dadah dll. Sasaran serangan ialah remaja2 muslim. Malah ramai golongan pemimpin dan pemerintah terpengaruh dengannya lantaran nafsu yang menjadi pemandu kepada jiwa.
Bertujuan memisahkan kehidupan manusia dari agama. Asalnya, bertujuan untuk kepentingan ekonomi, sosial dan politik pemerintah. Mereka melihat agama adalah suatu penghalang kepada tujuan dan kepentingan dunia mereka. Sasaran serangan pemikiran ini ialah kepada semua ummat Islam seluruh dunia. Ramai ummat Islam terpengaruh dengannya, lantas melihat dunia ini terbahagi dua. Islam hanya dilihat dari sudut spiritual seperti adanya pada agama2 lain. Sedangkan Islam bukan begitu, kerana ISLAM ADALAH SUATU SISTEM KEHIDUPAN. Islam adalah sistem yang syumul