Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, August 30, 2008

Tanggal 31 ogos


Tanggal 31 ogos menjadi detik bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia. Kerana pada tarikh tersebut negara kita secara rasminya mendapat kemerdekaan. Begitulah telah terukir dalam sejarah negara kita Hari Kemerdekaan Negara. Semuanya sebenarnya telah tertulis diluh mahfuz dari awal lagi sepertimana firman Allah dalam surah hadid:

“ tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”>al-hadid:22-23<

Ayat quran diatas menerangkan bahawa jangan kita bersedih hati diatas setiap musibah yang berlaku atas diri kita. Mari kita kaitkan serba sedikit dengan kemerdekaan. Musibah dijajah oleh penjajah dahulu tidak sekadar ditangisi oleh orang dahulu. Tetapi mereka cuba sedaya upaya untuk mereka membebaskan diri mereka dari belenggu penjajah. perjuangan yang yang suci bukan sekadar ingin menyelamatkan tanah melayu tetapi juge menyelamatkan aqidah orang melayu akhirnya membawa kita kepada kemerdekaan.

"..sesungguhnya Allah tidak merubah nasib suatu kaum, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri...">ar-rad:11<

Kemenangan yang kita kecapi dahulu hendaklah disusuri dengan rasa syukur yang tidak terhingga kerena tanpa syukur Allah bila-bila masa saja boleh menarik kemerdakaan daripada negara kita. Bersyukur tidaklah sekadar merasa gembira dengan kemerdekaan, tetapi hendaklah dipelihara sambutan kemerdekaan itu supaya tidak lari dari pada landasan Islam.

Alangkah cantiknya jika kita sama-sama mengalunkan tasbih, tahmid takbir, istighfar dimalam menyambut kemerdekaan. Marilah kita sama BERSYUKUR dengan segala nikmat yang Allah berikan dengan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin dan memeliharanya daripada dikotori perkarayang dilarang dalam ISLAM


post by:syahirsaf@yahoo.com

Selamat Berjuang...

Alhamdulillah hari ini 30 ogos 2008 sahabat kite Mohd Lokman telah berlepas ke indonesia pada pukul 9.30 pagi bagi melanjutkan pembelajarannya dalam bidang perubatan.

Sebahagian tahapian SPM 2006 yang pergi menghantar Lokman di KLIA
(Lokman 3 dari kiri)

Pengantin 2008

Salam'alaikum... terima kasih kepada sorang tahapian sebab upload gambar-gambar kahwin sahabat kita ini untuk dimuatkan dalam ruangan blog ni. Bagi mane-mane yang tak kenal sebelum ini, inilah Farhana tahapian SPM 2006 yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 9 Ogos yang lalu.



Yang tengah tu pengantin tahun bila entah.....


Tingginya kek...


Makan sambil bergambar


Semoga perkahwinan mereka diberkati oleh Allah didunia dan diakhirat. Kami doakan juge agar berbahagia hingga keanak cucu....

Wednesday, August 27, 2008

Salam Ramdhan

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Hadis diatas adalah muqadimah untuk kita sebagai ingatan bahawa bulan Ramadhan hampir menjelang. Jadi apakah persiapan kita untuk meraikan bulan ramadhan? Sebagaimana yang kita tahu bulah Ramadhan tersimpan pelbagai kelebihan, sangat rugilah bagi kita bilamana bulia yang mulia ini disia-siakan.

Mungkin ada kemusykilan berkenaan dengan persiapan apa yang hendak dibuat untuk menyambut Ramadhan. Adakah persiapan seperti jubah, serban, tudung labuh atau sebagainya? Ataupun persiapan yang berbentuk makanan?

Seperti mana kita bersiap untuk menunaikan Fardhu Haji, begitu juga lah dalam ibadah puasa. Kita buka kembali kitab-kitab berkenaan dengan adab-adab ketika puasa, perkara sunat, perkara-perkara yang membatalkan puasa, dan sebagainya.

Posting kali ini sekadar muqaddimah untuk memeriahkan lagi suasana Ramadhan diseluruh tempat, ayuh kita merancakkan lagi suasana Ramadhan dengan menghidupkan budaya Islam... WaAllahu'alam....




Infomasi....

Salam'alaikum... blog tahapian baru-baru ni seolah-olah terbiar je. Tapi sebenarnye tidak, cume tak de posting baru je.. Maklumlah warga tahapian ade di serata dunia, agak susah untuk kita menjejaki semua sekali. Ada beberape perkhabaran baru tentang tahapian sebenarnya. Kita mulakan dengan majlis perkahwinan, Pada 9 ogos 2008 yang lepas telah berlansung majlis perkahwinan seorang sahabat kita daripada tahapian 2002/2006, Farhana. Majlis tersebut diadakan di Dewan Majlis Daerah Jerantut. Penulis arkitel ini cuba mendapatkan gambar perkahwinan mereka tetapi masih belum sampai, insyaAllah next time update posting ni

Yang terbaru ni adalah majlis perkahwinan sahabat kite juge iaitu saudara Syed Faiz(tahapian SPM 2002) , kenduri sambut menantu(pada 23 ogos 2008) diadakan di kampung Temin (atas bukit). Penulis juge sedang menantikan post gambarnya, sama-sama lah kite tunggu, Tapi, sahabat-sahabat sekalian boleh view blog www.puteraiskandar.blogspot.com

Satu lagi information pada 30 ogos pula seorang sahabat kita Mohd Lokmad (tahapian SPM 2006) akan berangkat ke Jakarta Indonesia untuk menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan. Kita sama-sama doakan semoga beliau berjaya mencapai cita-citanya. Pada 30 ogos juge akan berlangsung majlis perkahwinan Saudara Asshik(Tahapian SPM 2002) dengan 'Ainun Mardhiah (Tahapian SPM 2003) di B-249 FELDA JENGKA 16,26400 BANDAR JENGKA,PAHANG DM..

Alhamdulillah, setakat ni saja lah, nanti kalau ad ape-ape perkongsian dari sahabat-sahabat sekalian boleh la email kan alamat tahapian_gen@yahoo.com.

Tuesday, August 12, 2008

Perkara Yang Merosakkan Ukhuwah


" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. "

Q.S Al-Hujuraat : 10


" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing."

Q.S Al-Hijr : 47


Berapa banyak kehidupan yang berubah menjadi keras ketika ikatan persaudaraan telah pupus, ketika sumber-sumber kecintaan kerana Allah telah kering, ketika individualisme telah menggeser nilai-nilai persaudaraan, saat itu setiap individu berada dalam kehidupan yang sukar, merasa terpisah menyendiri dari masyarakatnya.


Kebanyakan manusia pada umumnya, perilaku mereka telah tercemar oleh perkara-perkara yang dapat merosakkan persaudaraan, yang terkadang mereka menyedari perkara tersebut, dan terkadang tidak menyedarinya.


Oleh sebab itu, kami akan mencuba memaparkan beberapa perkara yang dapat merosakkan persahabatan dan persaudaraan. Sebelumnya, akan kami kemukakan terlebih dahulu beberapa hadith dan perkataan para ulama' salaf mengenai hubungan persaudaraan.


Dalam sebuah hadith yang menerangkan tentang tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari tiada naungan kecuali naungan Allah, Rasulullah menyebutkan salah satu di antaranya adalah,

" Dan dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah keranaNya. "

(HR Bukhari dan Muslim)


Dan di dalam sebuah hadith qudsi, Allah berfirman;

" Orang-orang yang saling mencintai keranaKu, berhak atas kecintaanKu "

HR Malik dan Ahmad


Muhammad bin Munkadir ketika ditanya tentang kenikmatannya dalam kehidupan ini, beliau menjawab, " Ketika bertemu dengan saudara-saudara ( sahabat-sahabat ), dan membahagiakan mereka."

Al-Hasan berkata, " Kami lebih mencintai sahabat-sahabat kami dari pada keluarga kami, kerana sahabat-sahabat kami mengingatkan kami akan kehidupan akhirat, sedangkan keluarga kami mengingatkan kami akan kehidupan dunia."

Khalid bin Shafwan berkata, " Orang yang lemah adalah yang sedikit menjalin persaudaraan. "

Perhatikanlah beberapa perkataan di atas, baik dari ayat-ayat Allah, hadith, mahupun perkataan para ulama, kemudian lihatlah pada kenyataan tentu akan menunjukkan kebenarannya. Siapakah yang menolongmu untuk mampu tetap teguh memegangi hidayah? Siapakah yang meneguhkan kamu untuk tetap istiqamah? Siapakah yang menemani kamu ketika dirundung bencana dan malapetaka? Kerana itu Umar pernah berkata, " Bertemu dengan para ikhwan dapat menghilangkan kegalauan dan kesedihan hati. "

Jika demikian, bagaimana mungkin seorang yang berakal akan mengesampingkan ukhuwah dan lebih memilih kehidupan yang kacau dan hingar bingar. Perkara-Perkara Yang Dapat Merosakkan Ukhuwah, Di Antaranya Adalah :


1. Tamak Dan Rakus Terhadap Dunia, Terhadap Apa-Apa Yang Dimiliki Orang Lain.


Rasulullah SAW. Bersabda;

" Zuhudlah terhadap dunia, Allah akan mencintai kamu. Zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, mereka akan mencintai kamu. "

HR Ibnu Majah


Jika kamu tertimpa musibah, mintalah musyawarah kepada saudaramu dan jangan meminta apa yang engkau perlukan. Sebab jika saudara atau temanmu itu memahami keadaanmu, ia akan terketuk hatinya untuk menolongmu, tanpa harus meminta atau menitiskan airmata.


2. Maksiat Dan Meremehkan Ketaatan.


Jika di dalam pergaulan tidak ada nuansa zikir dan ibadah, saling menasihati, mengingatkan dan memberi pelajaran, bererti pergaulan atau ikatan persahabatan itu telah gersang disebabkan oleh kerasnya hati dan perkara ini boleh mengakibatkan terbukanya pintu-pintu kejahatan sehingga masing-masing akan saling menyibukkan diri dengan urusan yang lain. Padahal Rasulullah SAW bersabda;

" Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak menghinakannya. Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, Tidaklah dua orang yang saling mengasihi, kemudian dipisahkan antara keduanya kecuali hanya kerana satu dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya. "

HR Ahmad


Ibnu Qayim, dalam kitab "Al-Jawabul Kafi" mengatakan, " Di antara akibat dari perbuatan maksiat adalah rasa gelisah ( takut dan sedih ) yang dirasakan oleh orang yang bermaksiat itu untuk bertemu dengan saudara-saudaranya. "


Orang-orang ahli maksiat dan kemungkaran, pergaulan dan persahabatan mereka tidak dibangun atas dasar ketakwaan melainkan atas dasar kebendaan sehingga akan dengan mudah berubah menjadi permusuhan. Bahkan perkara itu nanti akan menjadi beban di hari kiamat. Allah SWT berfirman;

" Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada

setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa ( iman dan amal soleh ). "

Q.S Az-Zukhruf : 67


Sedangkan persahabatan kerana Allah, akan terus berlanjutan sampai di syurga;

" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. "

Q.S Al-Hijr : 47


3. Tidak Menggunakan Adab Yang Baik (Syar'i) Ketika Berbicara.


Ketika berbicara dengan saudara atau kawan, hendaknya seseorang memilih perkataan yang paling baik. Allah berfirman;

" Dan katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada hamba-hambaKu ( yang beriman ), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik ( kepada orang-orang yang menentang kebenaran ); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka ( yang mukmin dan yang menentang ); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. "

(Q.S Al-Israa? : 53)


Dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda;

" Kalimah thayibah adalah shadaqah. "

HR Bukhari


4. Tidak Memperhatikan Apabila Ada Yang Mengajak Berbicara Dan Memalingkan Muka Darinya.


Seorang ulama salaf berkata, " Ada seseorang yang menyampaikan hadith sedangkan aku sudah mengetahui perkara itu sebelum ia dilahirkan oleh ibunya. Akan tetapi, akhlak yang baik membawaku untuk tetap mendengarkannya hingga ia selesai berbicara. "


5. Banyak Bercanda Dan Bersenda Gurau.


Berapa ramai orang yang putus hubungan satu sama lainnya hanya disebabkan oleh canda dan senda gurau.


6. Banyak Berdebat Dan Berbantah-Bantahan.


Terkadang hubungan persaudaraan terputus kerana terjadinya perdebatan yang sengit yang boleh jadi itu adalah tipuan syaitan.
Dengan alasan mempertahankan aqidah dan prinsipnya padahal sesungguhnya adalah mempertahankan dirinya dan kesombongannya. Rasulullah SAW bersabda;

" Orang yang paling dibenci di sisi Allah adalah yang keras dan besar permusuhannya. "

HR Bukhari dan Muslim


Orang yang banyak permusuhannya adalah yang suka mengutarakan perdebatan, perbalahan dan pendapat.


Tetapi debat dengan cara yang baik untuk menerangkan kebenaran kepada orang yang kurang faham, dan kepada ahli bid`ah, perkara itu tidak bermasalah. Tetapi, jika sudah melampaui batas, maka perkara itu tidak diperbolehkan. Bahkan jika perdebatan itu dilakukan untuk menunjukkan kehebatan diri, perkara itu malah menjadi bukti akan lemahnya iman dan sedikitnya pengetahuan.

Jadi, boleh juga dengan perdebatan ini, tali ukhuwah akan terurai dan hilang.
Sebab masing-masing merasa lebih lebih kuat hujjahnya dibanding yang lain.


7. Berbisik-Bisik ( Pembicaraan Rahsia )


Berbisik-bisik adalah merupakan perkara yang remeh tetapi mempunyai pengaruh yang dalam bagi orang yang berfikiran ingin membina ikatan persaudaraan.


Allah SWT berfirman;

" Sesungguhnya perbuatan berbisik ( dengan kejahatan ) itu adalah dari ( hasutan ) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan

dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang berimanberserah diri. "

Q.S Al-Mujaadalah : 10


Rasulullah bersabda;

" Jika kalian bertiga, maka janganlah dua orang di antaranya berbisik-bisik tanpa mengajak orang yang ketiga kerana itu akan dapat menyebabkannya bersedih. "

HR Bukhari dan Muslim


Para ulama berkata, " Syaitan akan membisikkan kepadanya dan berkata, ' Mereka itu membicarakanmu'." Maka dari itu para ulama mensyaratkan agar meminta izin terlebih dahulu jika ingin berbisik-bisik ( berbicara ra

copy right...

Semoga ukhwah Islamiyah berkekalan..