Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, December 5, 2008

Khas buat yang baru...?


Sekali imbas Dewan Utama SMKA TAHAP yang tersergam indah ini mempunyai 1001 kenangan pahit-manis buat semua yang bergelar student TAHAP.Sedia maklum peperiksaan awam seperti SPM dan PMR berlangsung di sini.Hal ini bermakna bagi sesiapa yang berjaya dengan cemerlang dalam result examnya maka janganlah dilupa di sinilah tempat yang menjadi saksi lakaran detik indah hidup anda.Sengaja saya membuat muqaddimah sedemikian,tujuan utama posting kali ini ialah kami warga alumni TAHAP berbesar hati untuk mengucapkan "Ahlan wa sahlan " ke dunia kampus/universiti khas buat semua pelajar yang baru sahaja selesai ber'perang' dalam medan SPM dan STPM baru-baru ini.Maka bertambahlah lagi keluarga besar Alumni Tahap dengan kedatangan Batch SPM/STPM 2008.Diharap kalian semua dapat memanfaatkan cuti panjang sebelum keluarnya result itu dengan aktiviti yang bermanfaat buat diri dan dunia Islam.Isilah masa terluang itu dengan membuat persiapaan mental dan fizikal bagi menempuh alam Matrikulasi atau Kampus yang sudah tentu,tidak dapat tidak(bak kata Ustaz Syed Nazir dalam istilah Arabnya-" Labudda' " anda akan menghadapi ujian mehnah pelbagai ragam manusia hari ini.Jika tersilap langkah dan tidak memanfaatkan ilmu dan 'siraman tarbiah' yang pernah anda terima selama 5 tahun di TAHAP dahulu pasti peluang untuk terjerumus ke alam kerosakan akhlak dan keruntuhan sosial amatlah tinggi Sungguhpun ketika di sekolah dahulu anda merupakan 'orang kuat' PAI atau KP belum dapat menjamin anda mampu menghadapi ujian dunia ini dengan baik.Hakikat bahawa peri pentingnya praktikal dalam ilmu yang ada di dada amatlah dititikberatkan.Kita semua tahu kata pepatah arab berbunyi;
"Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah"

Justeru,amatlah besar harapan kami mungkin kalau nak diibaratkan dengan kata pepatah rekaan saya "Setinggi gunung Everest dan sedalam Laut China Selatan" agar adik-adik yang akan melangkah ke alam matrik/kampus untuk menanam tekad dan azam yang kukuh di hati dan setting niat bermula sekarang "Bila aku sambung belajar di mana jua matrik/kampus/ipg aku akan buktikan pada orang lain bahawa PELAJAR TAHAP ini mampu untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik,akhlak dan segenap aspek yang baik.Aku juga berazam untuk menjadi Dai'e penegak agama Allah di muka bumi ini,insyaALLAH...".Alangkah hebatnya jika semua 'produk' keluaran TAHAP mempunyai tekad sedemikian.Bagi musliminnya ingin kekal dengan akhlak yang baik bagi muslimat pula ingin kekal dengan imej muslimah sejati yang dibawa selama ini...Sekian sahaja dari saya insan hina.Pohon maaf andai ada ungkapan digunakan dalam posting ini mengguris hati dan perasaan sesiapa.Wallahua'lam'

Pesanan: Bagi sesiapa adik2 batch 2008 yang terbaca artikel ini harap dapatlah promote sahabat anda yang lain untuk menjenguk ke Blog Tahapian ini supaya dapatlah kita sama-sama berkongsi ilmu di sini.syukran jazilan

Monday, October 27, 2008

Cerita dari UPSI

Dalam sibuk melayari internet, tiba-tiba ana terbaca satu artikel berkenaan dengan ex-Tahap yang sekarang belajar di UPSI iaitu saudara Akmal Madzir SPM 2004 bekas Ketua Umum Sekolah tahun tersebut. Jadi ana copy petikan daripada web mahasiswakini.



TANJONG MALIM
- Mesyuarat ahli MPP UPSI semalam yang bersidang bagi menentukan kabinet MPP telah berakhir dengan beberapa keputusan yang mengejutkan.

Meskipun menang dengan undi terbesar dalam kerusi Umum, Akmal Madzir yang dijangka menyandang kerusi nombor satu MPP dilaporkan hanya memegang jawatan sebagai Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah. Berikut merupakan struktur organisasi kabinet yang diputuskan malam ini.


Yang DiPertua
Mohamad Hairie bin Abdullah (FB - Menang tanpa bertanding)


Timbalan Yang DiPertua
Nor ‘Ain Bt. A. Razak (Umum-4011 undi)


Naib Yang Dipertua
Syaiffuldin bin Mohamad (FPE-315 undi)


Setiausaha Agung
Mohd Razik bin Khalid (FTMK-164 undi)


Pen. Setiausaha Agung
Muzaitul Akmar bin Mohammad (FTMK-159 undi)


Bendahari
Muhammad Asree bin Abd Aziz (FSSK-1276 undi)


Pen. Bendahari
Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak (umum-3729 undi)


Exco Ekonomi & Keusahawanan
Mohd Fitri bin Amil(FSKPM-544 undi)
Nurul Illyana bt Mohamad((FPE-244 undi)


Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa
Lee Sun Ju (Etnik cina-menang tanpa bertanding),
Punethan (Etnik india-menang tanpa bertanding)


Exco Sukan & Rekreasi
Mohd Nor Faiz bin Mat Ali (FSS-menang tanpa bertanding)
Siti Nor Hazliza binti Rosli (FSS-menang tanpa bertanding)


Exco Penerbitan & Informasi
Mohd Firdaus bin Mohd Fauzi (FSM-menang tanpa bertanding)
Siti Khairiah binti Jajuli (FB-menang tanpa bertanding)


Exco Perpaduan & Integrasi
Armadi bin Derus(etnik Sabah-103 undi)
Bornifes(etnik Sarawak-49 undi)


Exco Kesenian & Kebudayaan
Norhisham bin Che Hamid (FSM-menang tanpa bertanding)
Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman (FST-1389 undi)


Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor(FSKPM-483 undi)
Adriyani binti Yamin(FSSK- 906 undi)


Exco Akademik & Kerjaya
Arif bin Mohamad (umum-3757 undi)
Nur Aqilah Hanis binti Mohd Yusof (umum-3532 undi)


Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Akmal bin Madzir (umum-4124 undi)
Norhafizawati binti Mahmad Rozali (FST-1055 undi)



Keputusan untuk melengkapkan kabinet dihujani pelbagai hujah bagi mencari formula terbaik meletakkan calon dalam beberapa kerusi penting. Kaedah secara undian digunakan untuk beberapa kerusi Majlis Tertinggi iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua apabila terdapat pertandingan antara Pro Kualiti dan Pro Kebajikan.


Akmal dikatakan menawarkan diri merebut ketiga-tiga jawatan tersebut namun tidak ada satu pun yang dimenanginya. Kaedah undian ini dibuat berdasarkan Perkara 52 (5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang menyatakan ‘keputusan-keputusan MPP hendaklah dibuat mengikut undi majoriti yang tidak kurang daripada dua per tiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi’.


Bagi jawatan-jawatan lain, penetapan dibuat secara persetujuan sebulat suara. Kabinet yang dibentuk ini dijangka bakal menjadi perdebatan hangat seluruh masyarakat kampus. Walau bagaimanapun. kabinet yang dibentuk ini belum mendapat pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak.


Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional , saudara Norazali Zainuddin ketika ditanya menyatakan kekesalan di atas keadaan demokrasi di UPSI yang sangat lemah.


“Sepatutnya jawatan dipilih berdasarkan kelayakan dan suara mahasiswa.Bukannya kerana ideologi sempit kepartiaan.Saya bimbang kabinet MPP UPSI yang dibentuk tidak mampu berperanan dengan berkesan kerana kedua-dua pihak saling tidak merasa selesa untuk berkerjasama.Saudara Hairie yang hanya menang tanpa bertanding di kerusi fakulti sepatutnya malu untuk menerima jawatan Yang DiPertua”-mahasiswakini



Moderator said: Nak tau cite yang betul-betul boleh la contact akh Akmal sendiri ye.. Mahasiswa sebenarnya memainkan peranan penting dalam mencorakkan kepimpinan Negara akan datang. Terdapat banyak hadis dan ayat daripada quran yang menceritakan betapa bernilainya seseorang pemuda tersebut. Justeru itu, jangan kita siakan masa muda kita sekarang dengan perkara yang tidak berfaedah. Kerana kita semua ada tanggungjawab yang sangat penting dalam mencorakkan Negara ini dengan cahaya Islam

Thursday, October 23, 2008

Pasangan Pengantin Adik Dan Akak

18 oktober 2008 bersamaan hari Sabtu baru telah berlangsung majlis pernikahan Cikgu Anis (Akak kepada saudara Asshik SPM 2002) dengan Azizul ( Adik kepada ustaz Syed). Selain pasangan tersebut, turut disandingkan pasangan baru Asshik dan Ainun Mardhiah.

Kenduri Kahwin dan Sambut menantu ini diadakan di Temerloh rumah Saudara Asshik. tak tau la ramai ke tak yang hadir majlis tu, dengar cerita ramai jugak la.
Antara ex-Tahap yang datang ialah pasangan pengantin baru juga Akh Syed Faiz bersama Isteri.... yang lain ramai jugak la..



Ni la gambar 2 pasang pengantin


Diorang pandang kamera lain la...



Gambar kek....

Semoga Allah berkati perkahwinan mereka dan kekalkan sehingga keakhir usia.. Amin....

p/s: Alhamdulillah, sorang-sorang kita dengar tahapian yang telah mendirikan rumah tangga. Lepas ni sapa-sapa lagi yang ingin berbuat demikian jemput-jemput la kami semua terutama cikgu-cikgu kita kat TAHAP dulu... jadi, who next????

Interview Darul Quran

Pada hari Isnin dan Selasa baru-baru ini(20&21 oktober 2008) telah diadakan temuduga persijilan tahfiz Darul Quran-UIAM di SMKA TAHAP. Maklumat yang saya terima, pelajar daripada TAHAP yang hadir untuk temuduga tersebut seramai lebih kurang 17 orang (muslimin & muslimat). Salah seorang daripada pelajar TAHAP yang pergi temuda tersebut ialah Ketua Umum, Zakiy Misbari.

Tahun ini pelajar yang hadir untuk temuduga lebih ramai berbanding dengan yang sebelum ini, salah satu faktor mungkin adalah kerana borang yang tidak terhad pada tahun ini. Jadi jumlah pelajar tahun ini khususnya di Pahang meningkat dari tahun sebelum. Antara sekolah yang turut menghantar pelajarnya hadir ke temuduga ialah SBPI Pekan, SBPI Temerloh, SMA al-Ihsan, SMKA Pahang dan beberapa buah sekolah lagi.

Sekali lagi Sekolah kita jadi tuan rumah, jadi sahabat-sahabat di sekolah sekarang ini jaga imej sekolah kita dengan sebaik mungkin. Jangan sampai nama baik TAHAP tercemar, takut nanti jadi fitnah besar pada agama kita..

Doa kami daripada ex-Tahap semoga Allah pemudahkan segala urusan adik-adik yang hadir untuk temuduga tersebut. BarakAllahu fi kum......

p/s: Kepada sesiapa yang berjaya masuk Darul Quran nanti mintak contact dengan ex-Tahap kat sana ( Abdul Fattah or Aisyah) nak contact yang lain bleh juga tapi sempat sekejap je la...

Saturday, October 11, 2008

Ucapan

Kami daripada warga alumni SMKA TAHAP ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) yang akan bermula pada 13 Oktober ini Khas buat semua adik-adik Tingkatan 3 yang masih berada di TAHAP.Kami berdoa moga anda semua dapat menjawabnya dengan tenang dan jayanya.Jangan lupa untuk memohon restu ibu-bapa dan para guru TAHAP yang telah banyak berjasa serta tidak pernah kenal erti putus-asa dalam mendidik anak bangsa.Moga-moga dengan kecemerlangan yang anda semua perolehi mampu memartabatkan dan mengembalikan kegemilangan SMKA TAHAP.InsyaALLAH...

Wednesday, October 1, 2008

Semoga bertemu lagi.... Ramadan

Ramadan telah pun meninggalkan kita buat tahun ini. Sekarang umat Islam diseluruh dunia sedang dilanda satu fenomena yanng dahsyat iaitu HARI RAYA..............

Mungkin saya akan mengambil ruangan lain untuk kaitkan dengan fenomena diatas. Cukup sekadar tazkirah ringkas daripada gambar diatas. Apakah natijah setelah kita semua selesai melalui Ramadan Baru ini?????. Tepuk dada, kenal diri diri kita....

Sunday, September 28, 2008

Persiapan Kita..


Salam'alaik, diakhir Ramadan ni orang ramai membuat persiapan untuk menyambut Ramadan dengan menghias rumah masing-masing. So, kami pun menghiaslah blog kita ni biar lebih cantik lagi sempena eidil fitri ni......

Diatas ni ialah simbol untuk blog ni. Bukanlah nak tubuh apa2 persatuan, cuma nak nampak best je blog kita ni.... bagi siapa yang ada idea lain bleh lah bagi tau, cam biasa lah send kan email tahapian_gen@yahoo.com tak pun tulis je kat mane2 yang bleh dibaca.

Akhir kata, mari kita membuat muhasabah tentang Ramadan yang baru ini. Moga-moga muhasabah yang kita lakukan dan memberi kesedaran kepada kita dan meningkatkan diri kita untuk memperoleh ketaqwaan yang dijanjaikan Allah...

Friday, September 26, 2008

Misi Yang Belum Selesai

Pada hari ini telah masuk hari yang ke 26 Ramadhan, maknanya sudak 26 hari kita berpuasa. Semua umat Islam semakin ghairah untuk menyambut Aidil Fitri. Bagi ibu-ibu yang di rumah ketika ini mereka tengah sibuk membuat kuih raya.

Tapi disebalik kesibukan kita membuat persiapan raya, kita perlu ingat bahawa misi kita masih belum tamat untuk kita mendapatkan 'ijazah at-taqwa' .Sekadar untuk ingatan kita bersama, janganlah kita sia-siakan baki Ramadan yang tinggal.
Selamat beribadah, terus usaha gigih kalian.. InsyaALLAH...

Wednesday, September 24, 2008

Borang Persijilan Tahfiz DQ-UIAM 2009/2010

Salam'alaik

Disini ada sedikit pengumuman, borang bagi kemasukan ke Program Persijilan Tahfiz DQ-UIAM bagi sessi 2009/2010 telah dibuka. Untuk download sila pilih link dibawah.

-Iklan
-Borang
-Panduan


Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu sampai ke Darul Quran sebelum 03 Oktober 2008.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Pengambilan dan Kemasukan Darul Quran, JAKIM
Tel: 03-60635333/03-60635350 (Puan Rogayah/Cik Suhaida)


*Borang Permohonan boleh difotokopi.
*Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak Darul Quran melalui surat @ telefon dan boleh disemak di
website Darul Quran (http//:www.darulquran.gov.my)

Kepada warga tahapian sekalian, sesiapa yang ada adik, sedara atau kawan-kawan yang ambil SPM tahun ini (SPM 2008) berminat untuk meneruskan pembelajaran ke Darul Quran boleh lah download borang diatas.

Kepada tahapian SPM tahun ini, mane yang berminat boleh lah cube... insyaAllah Allah permudahkan bagi sesiapa yang betul-betul ikhlas.. WAllahu'alam...

Saturday, September 20, 2008

Tetamu Istimewa


Sudah agak lama Ramadhan berada disisi kita untuk tahun ini. Seperti tetamu-tetamu yang datang ke rumah kita untuk menziarahi kita, adakah kita melayan Ramadhan dengan layanan yang baik? Atau sekadar menjemputnya masuk sedang kita tidak mengendahkan kehadiran Ramadhan. Sampai sekarang, Ramadhan dah lama disisikita. Apa juadah yang kita hidangkan kepadanya? Sahabat-sahabat sekalian, ramadhan sudah ingin meninggalkan kita tidak lama lagi. Tetapi kita masih tidak menghiraukan kehadirannya. Adakah ini cara kita melayan tetamu yang berjunjung ke rumah kita?

Ramadhan melangkah masuk dengan membawa buah tangan Rahmat, Keampunan, dan pembebasan dari azab neraka. Tetapi kita seolah-olah telah menolak buah tangan tersebut. Malah melayan Ramadhan dengan layanan yang teruk….. Kita dah lupa…. Dulu Ramadhan disambut meriah dalam hidup kita. Masih ingat sewaktu kita mula belajar berpuasa? subhanAllah…. Siksanya tuhan saja yang tahu. Tapi kita tetap teruskan juga… lama kelamaan biasalah.

Ayat diatas sekadar untuk renungan kita bersama bagaimana kita meraikan Ramadhan tahun ini. Dan kita perlu kenang kembali,kalaulah Ramadhan-Ramadhan yang lepas kita boleh untuk memanfaatkan sebaik mungkin kenapa tidak pada tahun ini. Zaman persekolahan lagi mencabar kita untuk meneruskan kewajiban berpuasa. Ramadhan yang disambut sewaktu di Tahap dahulu cukup meninggalkan kenangan dan kesan kepada kita(mana yang sempat sambut Ramadhan kat Tahap lah).


Terasa betapa rindunya pada suasana dahulu, rindu pada tadarrus, qiamuallai, tazkirah, bilal solat tarawikh yang banyak kali tersilap…. Semuanya telah mematangkan kita untuk kita berhadapan dengan masyarakat luar hari ini. Tetapi semua itu telah berlalu, sekadar pembakar semangat kita sekarang bahawa ‘aku pernah bertemu dengan Ramadhan dan aku telah melayannya dengan baik’ Jadi jangan kita sia-siakan baki Ramadhan yang ada kerana takut bilamana Ramadhan mengetuk pintu rumah kita tahun hadapan tiada sahut balas dari kita kerana kita telah meninggalkan rumah itu buat selamanya…..

Saturday, August 30, 2008

Tanggal 31 ogos


Tanggal 31 ogos menjadi detik bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia. Kerana pada tarikh tersebut negara kita secara rasminya mendapat kemerdekaan. Begitulah telah terukir dalam sejarah negara kita Hari Kemerdekaan Negara. Semuanya sebenarnya telah tertulis diluh mahfuz dari awal lagi sepertimana firman Allah dalam surah hadid:

“ tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”>al-hadid:22-23<

Ayat quran diatas menerangkan bahawa jangan kita bersedih hati diatas setiap musibah yang berlaku atas diri kita. Mari kita kaitkan serba sedikit dengan kemerdekaan. Musibah dijajah oleh penjajah dahulu tidak sekadar ditangisi oleh orang dahulu. Tetapi mereka cuba sedaya upaya untuk mereka membebaskan diri mereka dari belenggu penjajah. perjuangan yang yang suci bukan sekadar ingin menyelamatkan tanah melayu tetapi juge menyelamatkan aqidah orang melayu akhirnya membawa kita kepada kemerdekaan.

"..sesungguhnya Allah tidak merubah nasib suatu kaum, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri...">ar-rad:11<

Kemenangan yang kita kecapi dahulu hendaklah disusuri dengan rasa syukur yang tidak terhingga kerena tanpa syukur Allah bila-bila masa saja boleh menarik kemerdakaan daripada negara kita. Bersyukur tidaklah sekadar merasa gembira dengan kemerdekaan, tetapi hendaklah dipelihara sambutan kemerdekaan itu supaya tidak lari dari pada landasan Islam.

Alangkah cantiknya jika kita sama-sama mengalunkan tasbih, tahmid takbir, istighfar dimalam menyambut kemerdekaan. Marilah kita sama BERSYUKUR dengan segala nikmat yang Allah berikan dengan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin dan memeliharanya daripada dikotori perkarayang dilarang dalam ISLAM


post by:syahirsaf@yahoo.com

Selamat Berjuang...

Alhamdulillah hari ini 30 ogos 2008 sahabat kite Mohd Lokman telah berlepas ke indonesia pada pukul 9.30 pagi bagi melanjutkan pembelajarannya dalam bidang perubatan.

Sebahagian tahapian SPM 2006 yang pergi menghantar Lokman di KLIA
(Lokman 3 dari kiri)

Pengantin 2008

Salam'alaikum... terima kasih kepada sorang tahapian sebab upload gambar-gambar kahwin sahabat kita ini untuk dimuatkan dalam ruangan blog ni. Bagi mane-mane yang tak kenal sebelum ini, inilah Farhana tahapian SPM 2006 yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 9 Ogos yang lalu.



Yang tengah tu pengantin tahun bila entah.....


Tingginya kek...


Makan sambil bergambar


Semoga perkahwinan mereka diberkati oleh Allah didunia dan diakhirat. Kami doakan juge agar berbahagia hingga keanak cucu....

Wednesday, August 27, 2008

Salam Ramdhan

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Hadis diatas adalah muqadimah untuk kita sebagai ingatan bahawa bulan Ramadhan hampir menjelang. Jadi apakah persiapan kita untuk meraikan bulan ramadhan? Sebagaimana yang kita tahu bulah Ramadhan tersimpan pelbagai kelebihan, sangat rugilah bagi kita bilamana bulia yang mulia ini disia-siakan.

Mungkin ada kemusykilan berkenaan dengan persiapan apa yang hendak dibuat untuk menyambut Ramadhan. Adakah persiapan seperti jubah, serban, tudung labuh atau sebagainya? Ataupun persiapan yang berbentuk makanan?

Seperti mana kita bersiap untuk menunaikan Fardhu Haji, begitu juga lah dalam ibadah puasa. Kita buka kembali kitab-kitab berkenaan dengan adab-adab ketika puasa, perkara sunat, perkara-perkara yang membatalkan puasa, dan sebagainya.

Posting kali ini sekadar muqaddimah untuk memeriahkan lagi suasana Ramadhan diseluruh tempat, ayuh kita merancakkan lagi suasana Ramadhan dengan menghidupkan budaya Islam... WaAllahu'alam....




Infomasi....

Salam'alaikum... blog tahapian baru-baru ni seolah-olah terbiar je. Tapi sebenarnye tidak, cume tak de posting baru je.. Maklumlah warga tahapian ade di serata dunia, agak susah untuk kita menjejaki semua sekali. Ada beberape perkhabaran baru tentang tahapian sebenarnya. Kita mulakan dengan majlis perkahwinan, Pada 9 ogos 2008 yang lepas telah berlansung majlis perkahwinan seorang sahabat kita daripada tahapian 2002/2006, Farhana. Majlis tersebut diadakan di Dewan Majlis Daerah Jerantut. Penulis arkitel ini cuba mendapatkan gambar perkahwinan mereka tetapi masih belum sampai, insyaAllah next time update posting ni

Yang terbaru ni adalah majlis perkahwinan sahabat kite juge iaitu saudara Syed Faiz(tahapian SPM 2002) , kenduri sambut menantu(pada 23 ogos 2008) diadakan di kampung Temin (atas bukit). Penulis juge sedang menantikan post gambarnya, sama-sama lah kite tunggu, Tapi, sahabat-sahabat sekalian boleh view blog www.puteraiskandar.blogspot.com

Satu lagi information pada 30 ogos pula seorang sahabat kita Mohd Lokmad (tahapian SPM 2006) akan berangkat ke Jakarta Indonesia untuk menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan. Kita sama-sama doakan semoga beliau berjaya mencapai cita-citanya. Pada 30 ogos juge akan berlangsung majlis perkahwinan Saudara Asshik(Tahapian SPM 2002) dengan 'Ainun Mardhiah (Tahapian SPM 2003) di B-249 FELDA JENGKA 16,26400 BANDAR JENGKA,PAHANG DM..

Alhamdulillah, setakat ni saja lah, nanti kalau ad ape-ape perkongsian dari sahabat-sahabat sekalian boleh la email kan alamat tahapian_gen@yahoo.com.

Tuesday, August 12, 2008

Perkara Yang Merosakkan Ukhuwah


" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. "

Q.S Al-Hujuraat : 10


" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing."

Q.S Al-Hijr : 47


Berapa banyak kehidupan yang berubah menjadi keras ketika ikatan persaudaraan telah pupus, ketika sumber-sumber kecintaan kerana Allah telah kering, ketika individualisme telah menggeser nilai-nilai persaudaraan, saat itu setiap individu berada dalam kehidupan yang sukar, merasa terpisah menyendiri dari masyarakatnya.


Kebanyakan manusia pada umumnya, perilaku mereka telah tercemar oleh perkara-perkara yang dapat merosakkan persaudaraan, yang terkadang mereka menyedari perkara tersebut, dan terkadang tidak menyedarinya.


Oleh sebab itu, kami akan mencuba memaparkan beberapa perkara yang dapat merosakkan persahabatan dan persaudaraan. Sebelumnya, akan kami kemukakan terlebih dahulu beberapa hadith dan perkataan para ulama' salaf mengenai hubungan persaudaraan.


Dalam sebuah hadith yang menerangkan tentang tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari tiada naungan kecuali naungan Allah, Rasulullah menyebutkan salah satu di antaranya adalah,

" Dan dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah keranaNya. "

(HR Bukhari dan Muslim)


Dan di dalam sebuah hadith qudsi, Allah berfirman;

" Orang-orang yang saling mencintai keranaKu, berhak atas kecintaanKu "

HR Malik dan Ahmad


Muhammad bin Munkadir ketika ditanya tentang kenikmatannya dalam kehidupan ini, beliau menjawab, " Ketika bertemu dengan saudara-saudara ( sahabat-sahabat ), dan membahagiakan mereka."

Al-Hasan berkata, " Kami lebih mencintai sahabat-sahabat kami dari pada keluarga kami, kerana sahabat-sahabat kami mengingatkan kami akan kehidupan akhirat, sedangkan keluarga kami mengingatkan kami akan kehidupan dunia."

Khalid bin Shafwan berkata, " Orang yang lemah adalah yang sedikit menjalin persaudaraan. "

Perhatikanlah beberapa perkataan di atas, baik dari ayat-ayat Allah, hadith, mahupun perkataan para ulama, kemudian lihatlah pada kenyataan tentu akan menunjukkan kebenarannya. Siapakah yang menolongmu untuk mampu tetap teguh memegangi hidayah? Siapakah yang meneguhkan kamu untuk tetap istiqamah? Siapakah yang menemani kamu ketika dirundung bencana dan malapetaka? Kerana itu Umar pernah berkata, " Bertemu dengan para ikhwan dapat menghilangkan kegalauan dan kesedihan hati. "

Jika demikian, bagaimana mungkin seorang yang berakal akan mengesampingkan ukhuwah dan lebih memilih kehidupan yang kacau dan hingar bingar. Perkara-Perkara Yang Dapat Merosakkan Ukhuwah, Di Antaranya Adalah :


1. Tamak Dan Rakus Terhadap Dunia, Terhadap Apa-Apa Yang Dimiliki Orang Lain.


Rasulullah SAW. Bersabda;

" Zuhudlah terhadap dunia, Allah akan mencintai kamu. Zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, mereka akan mencintai kamu. "

HR Ibnu Majah


Jika kamu tertimpa musibah, mintalah musyawarah kepada saudaramu dan jangan meminta apa yang engkau perlukan. Sebab jika saudara atau temanmu itu memahami keadaanmu, ia akan terketuk hatinya untuk menolongmu, tanpa harus meminta atau menitiskan airmata.


2. Maksiat Dan Meremehkan Ketaatan.


Jika di dalam pergaulan tidak ada nuansa zikir dan ibadah, saling menasihati, mengingatkan dan memberi pelajaran, bererti pergaulan atau ikatan persahabatan itu telah gersang disebabkan oleh kerasnya hati dan perkara ini boleh mengakibatkan terbukanya pintu-pintu kejahatan sehingga masing-masing akan saling menyibukkan diri dengan urusan yang lain. Padahal Rasulullah SAW bersabda;

" Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak menghinakannya. Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, Tidaklah dua orang yang saling mengasihi, kemudian dipisahkan antara keduanya kecuali hanya kerana satu dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya. "

HR Ahmad


Ibnu Qayim, dalam kitab "Al-Jawabul Kafi" mengatakan, " Di antara akibat dari perbuatan maksiat adalah rasa gelisah ( takut dan sedih ) yang dirasakan oleh orang yang bermaksiat itu untuk bertemu dengan saudara-saudaranya. "


Orang-orang ahli maksiat dan kemungkaran, pergaulan dan persahabatan mereka tidak dibangun atas dasar ketakwaan melainkan atas dasar kebendaan sehingga akan dengan mudah berubah menjadi permusuhan. Bahkan perkara itu nanti akan menjadi beban di hari kiamat. Allah SWT berfirman;

" Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada

setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa ( iman dan amal soleh ). "

Q.S Az-Zukhruf : 67


Sedangkan persahabatan kerana Allah, akan terus berlanjutan sampai di syurga;

" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. "

Q.S Al-Hijr : 47


3. Tidak Menggunakan Adab Yang Baik (Syar'i) Ketika Berbicara.


Ketika berbicara dengan saudara atau kawan, hendaknya seseorang memilih perkataan yang paling baik. Allah berfirman;

" Dan katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada hamba-hambaKu ( yang beriman ), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik ( kepada orang-orang yang menentang kebenaran ); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka ( yang mukmin dan yang menentang ); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. "

(Q.S Al-Israa? : 53)


Dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda;

" Kalimah thayibah adalah shadaqah. "

HR Bukhari


4. Tidak Memperhatikan Apabila Ada Yang Mengajak Berbicara Dan Memalingkan Muka Darinya.


Seorang ulama salaf berkata, " Ada seseorang yang menyampaikan hadith sedangkan aku sudah mengetahui perkara itu sebelum ia dilahirkan oleh ibunya. Akan tetapi, akhlak yang baik membawaku untuk tetap mendengarkannya hingga ia selesai berbicara. "


5. Banyak Bercanda Dan Bersenda Gurau.


Berapa ramai orang yang putus hubungan satu sama lainnya hanya disebabkan oleh canda dan senda gurau.


6. Banyak Berdebat Dan Berbantah-Bantahan.


Terkadang hubungan persaudaraan terputus kerana terjadinya perdebatan yang sengit yang boleh jadi itu adalah tipuan syaitan.
Dengan alasan mempertahankan aqidah dan prinsipnya padahal sesungguhnya adalah mempertahankan dirinya dan kesombongannya. Rasulullah SAW bersabda;

" Orang yang paling dibenci di sisi Allah adalah yang keras dan besar permusuhannya. "

HR Bukhari dan Muslim


Orang yang banyak permusuhannya adalah yang suka mengutarakan perdebatan, perbalahan dan pendapat.


Tetapi debat dengan cara yang baik untuk menerangkan kebenaran kepada orang yang kurang faham, dan kepada ahli bid`ah, perkara itu tidak bermasalah. Tetapi, jika sudah melampaui batas, maka perkara itu tidak diperbolehkan. Bahkan jika perdebatan itu dilakukan untuk menunjukkan kehebatan diri, perkara itu malah menjadi bukti akan lemahnya iman dan sedikitnya pengetahuan.

Jadi, boleh juga dengan perdebatan ini, tali ukhuwah akan terurai dan hilang.
Sebab masing-masing merasa lebih lebih kuat hujjahnya dibanding yang lain.


7. Berbisik-Bisik ( Pembicaraan Rahsia )


Berbisik-bisik adalah merupakan perkara yang remeh tetapi mempunyai pengaruh yang dalam bagi orang yang berfikiran ingin membina ikatan persaudaraan.


Allah SWT berfirman;

" Sesungguhnya perbuatan berbisik ( dengan kejahatan ) itu adalah dari ( hasutan ) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan

dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang berimanberserah diri. "

Q.S Al-Mujaadalah : 10


Rasulullah bersabda;

" Jika kalian bertiga, maka janganlah dua orang di antaranya berbisik-bisik tanpa mengajak orang yang ketiga kerana itu akan dapat menyebabkannya bersedih. "

HR Bukhari dan Muslim


Para ulama berkata, " Syaitan akan membisikkan kepadanya dan berkata, ' Mereka itu membicarakanmu'." Maka dari itu para ulama mensyaratkan agar meminta izin terlebih dahulu jika ingin berbisik-bisik ( berbicara ra

copy right...

Semoga ukhwah Islamiyah berkekalan..

Monday, July 28, 2008

TAHAP DALAM IMBAUAN KENANGAN


TAHAP DALAM IMBAUAN KENANGAN


Sebagai pembuka madah bicara buat kali pertama di sini,marilah sama kita hayati firman Allah dalam ayat pertama diturunkan ke bumi ini yang bermaksud:

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan” (surah Al-Alaq;ayat 1)

Daripada intipati ayat ini jelaslah betapa peri pentingnya kewajipan menuntut ilmu ke atas diri setiap insan sehingga Allah menurunkannya sebagai ayat perintah pertama diturunkan.

Sengaja saya meletakkan tajuk di atas yang terkandung kalimah ‘TAHAP’ kerana ingin mengajak sahabat sekalian yang pernah bergelar penghuni gedung ilmu SMKA TAHAP merenung dan menilai kembali sejarah yang pernah ditempuh di situ.Bak kata mantan PM,Tun Doktor Mahathir:”Manusia yang tidak mengkaji sejarah ialah manusia yang telah lupa asal-usulnya dan sering mengulang kembali kesilapan yang pernah dibuat dahulu”.Pasti ada yang berkata buat apa dikenang kembali sejarah yang hanya layak menjadi ‘bahan simpanan’ dalam kotak memori lama lebih-lebih lagi dalam kesibukan mengejar impian di menara gading masing-masing.Namun,sanggupkah kita untuk bergelar seperti kata pepatah ”Kacang lupakan kulit”? yang mana setelah susah payah kita bersama menempuh pahit manis perjuangan menuntut ilmu di bumi bertuah TAHAP suatu ketika dahulu dan kini bila setelah bergelar ‘produk’ keluaran TAHAP dengan semudah itu kita melupakannya?

Sedarlah wahai sahabat semua kerana takdir Ilahi telah mencampakkan kita ke bumi TAHAP dahulu lah,kita dapat mengenal apa itu usrah,tarbiah,al-mathurat,doa wehdah,laungan takbir penaik semangat,doa qunut nazilah,ikatan ukhwah,ikhtilad dan banyak lagi ungkapan lain yang tak mampu dimuatkan di sini.Sungguhpun demikian,tidak nafikan jika ada yang berkata kehidupan dia di TAHAP juga telah menambah titik hitam dalam memorinya.Kita perlu ingat seperti mana insan yang tidak pernah dapat lari daripada melakukan kesilapan dan begitu jualah bumi TAHAP tidaklah sesempurna yang diinginkan.

Masihkah kalian semua ingat kenangan di’jemur’ tengah panas terik mentari sebagai denda kerana pakaian berselerak di asrama setelah habis sesi PJ waktu pagi?itu apa yang saya ingat,maaflah kalau tersilap fakta sejarah.Atau mungkin kalian semua lebih ingat sesi ‘mengira bintang di langit’ di padang utama pada waktu malam sambil diulit bayu tengah malam kerana asrama kotor dan kes kecurian.Saya amat yakin kita semua tidak akan lupa kenangan ‘indah’ ini khususnya penghuni aspura yang sering mendapat ‘hadiah’ berharga daripada warden kesayangan.

Seandainya ada orang bertanya kepada saya sepanjang 5 tahun di bumi TAHAP dulu,waktu form berapa tahun yang paling banyak coretan memori?Sudah tentu saya menjawab ketika form 1-2002.Pada pandangan peribadi saya tahun 2002 merupakan antara TAHUN GEMILANGnya TAHAP khususnya dalam suasana biah solehah di bawah kepimpinan yang hebat dengan pelbagai kepakaran bak kata orang sekarang “macam-macam ada”.Walaupun ketika itu siri ‘UFO terbang’ dari bangunan aspura ke dewan makan untuk disambut adik-adik form 1 dan form 2 di pagi sebagai tanda ‘wala dan taat’ mengambil sarapan buat abang-abang senior masih lagi glamour.Tidak kurang juga kontroversi melanda tahun 2002 seperti cerita ‘bomoh muda’,’insiden terbuka hijab’,’perlawanan antara tok guru silat’,lawatan di malam hari tuan empunya nama sekolah’ dan banyak lagi.Apa salahnya sesekali kita mengingat serba sedikit kenangan indah ini mungkin boleh menjadi pengubat rindu setelah terpisah di bumi TAHAP pada hujung 2006.Jadikanlah ia sebagai panduan mahupun pengalaman untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

“Sekali ombak mendatang sekali pantai berubah”.Itulah pepatah yang boleh saya kaitkan di sini tentang suasana TAHAP sekarang.Setelah hampir 2 tahun meninggalkan bumi tarbiah TAHAP,saya masih tidak jemu untuk turun ke medan lama dahulu untuk bertemu para pendidik yang telah banyak berjasa mahupun bertanya khabar adik-adik pewaris mata rantai perjuangan mempertahankan biah solehah.Secara jujur saya katakan apa yang generasi baru tempuhi sudah agak jauh berbeza dengan method tarbiah yang kita lalui dahulu.Benar,BULI itu memang perbuatan ZALIM yang memang patut kita tentang namun jangan hanya kerana mengikut ‘arus perubahan baru’ hingga aspek tarbiah yang baik diganti dengan pujuk rayu,dan belaian manja.Saya tetap menyanjung tinggi usaha para pimpinan TAHAP sekarang yang masih mampu bertahan menjadi ‘defender biah solehah’ dalam menempuh serangan daripada pelbagai sudut tapi bagaimana pula dengan generasi baru yang tidak pernah sempat merasai nikmat tarbiah dahulu?Persoalan ini saya tinggalkan buat kalian semua yang masih ada perasaan ‘sayang’kan TAHAP untuk fikirkan jalan penyelesaian terbaik.Di kesempatan ini ingin juga saya menyeru kalian semua untuk sama-sama turun ke bumi berjasa –SMKA TAHAP sepertimana diumum dalam web TAHAP akan berlangsungnya Sambutan Jubli Perak SMKA TAHAP dalam bulan ogos ini.insyaALLAH.”Bumi TAHAP kami merinduimu”



Disediakan oleh: sharif_iskandar89@yahoo.com

Wednesday, July 16, 2008

Kita Wira Agama




Ada sebuah hadith Nabi SAW yang bermaksud, " Orang mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah."


Mari kita hayati dan ambil iktibar berdasarkan cerita Ashabul Ukhdud. Mungkin ramai yang tahu tentang cerita ini. Sedikit sinopsis tentang cerita ini, kisah ini menceritakan perihal seorang pemuda yang dipilih oleh Allah SWT menetang kezaliman yang berlaku di Negerinya yang mana Raja mereka yang taghut. Allah SWT ada mamaparkan sedikit khabaran tentang Ashabul Ukhdud dalam sura al-Buruj. Kemudiannya diperjelaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadis yang agak panjang:


Muslim meriwayatkan dari Shuhaib (mengenai kisah ini) bahwa Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda, yang artinya:

“Dahulu kala, ada seorang raja dari kalangan orang-orang sebelum kalian yang mempunyai seorang ahli sihir. Ketika ahli sihir ini sudah lanjut usia, ia berkata kepada sang raja, ‘Sesungguhnya aku sudah lanjut usia, maka kirimkan seorang pemuda kepadaku untuk aku ajarkan kepadanya ilmu sihir.’ Maka sang raja pun mengirimkan seorang pemuda kepadanya untuk diajari ilmu sihir.

Ketika di tengah jalan yang dilaluinya menuju tukang sihir, ada seorang ahli ibadah (pendeta). Pemuda itu lalu duduk di dekatnya dan mendengarkan ucapannya hingga membuatnya kagum atau takjub. Dan ketika akan mendatangi ahli sihir itu lagi, dia selalu melewati si pendeta itu dan singgah di tempatnya. Suatu ketika dia akan mendatangi ahli sihir, ahli sihir itu memukulnya. Maka dia memberitahukannya kepada sang pendeta.
Pendeta itu berkata, ‘Jika engkau takut pada ahli sihir, (jika dia bertanya) maka katakan, ‘Keluargaku menahanku.’ Dan jika engkau takut kepada keluargamu, maka katakan, ‘Ahli sihir telah menahanku.’

Ketika dia dalam keadaan seperti itu, datanglah seekor binatang yang sangat besar yang menahan (perjalanan) orang-orang, maka dia berkata, ‘Sekarang aku akan mengetahui yang lebih baik, ahli sihir ataukah pendeta?’

Kemudian dia mengambil sebuah batu seraya berkata, ‘Ya Alloh, jika ajaran pendeta itu lebih Engkau sukai daripada ajaran ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang-orang dapat melanjutkan perjalanan mereka.’ Lalu dia melemparkan batu itu hingga dapat membunuh binatang tersebut dan orang-orang pun dapat melanjutkan perjalanan mereka.
Selanjutnya, pemuda itu mendatangi si pendeta dan memberitahukan hal tersebut. Maka sang pendeta berkata kepadanya, ‘Wahai anakku, sekarang ini engkau lebih baik daripada diriku. Sebab, urusanmu telah mencapai apa yang kusaksikan. Dan sesungguhnya engkau kelak akan diuji. Jika engkau diuji, janganlah engkau menyebut-nyebut namaku (janganlah engkau tunjukkan aku pada mereka).’

Pemuda itu pun berhasil menyembuhkan penyakit buta dan kusta. Dia mengobati manusia dari segala macam penyakit. Kemudian orang kepercayaan sang raja yang buta mendengar berita tentangnya. Dia mendatangi pemuda itu dengan membawa hadiah yang sangat banyak. Dia berkata, ‘Semua yang ada di sini akan menjadi milikmu jika engkau berhasil menyembuhkan diriku.’ Pemuda itu menjawab, ‘Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan seseorang. Yang menyembuhkan adalah Alloh yang Maha Tinggi. Jika engkau beriman kepada Alloh yang Maha Tinggi, maka aku akan berdoa kepada Alloh, lalu Dia akan menyembuhkanmu.’ Maka dia pun beriman kepada Alloh yang Maha Tinggi dan Alloh menyembuhkannya.

Selanjutnya, orang kepercayaan raja itu mendatangi sang raja dan duduk bersamanya seperti biasa. Raja berkata kepadanya, ‘Siapa yang mengembalikan (menyembuhkan) pandanganmu?’
Dia menjawab, ‘Tuhanku.’ ‘Apakah engkau mempunyai tuhan selain diriku?’ tanya raja. ‘Tuhanku dan Tuhanmu adalah Alloh,’ sahutnya. Maka raja itu langsung memberikan hukuman kepadanya dan terus menyiksanya hingga orang itu menunjuk pemuda itu. Kemudian ia minta agar pemuda itu didatangkan. Raja berkata, ‘Wahai anakku, sihirmu luar biasa hebatnya hingga dapat menyembuhkan kebutaan dan kusta. Kamu juga telah melakukan ini dan itu.’ Maka dia berkata, ‘Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan seorang pun. Sebenarnya yang menyembuhkan mereka adalah Alloh.’

Maka pemuda itu pun dihukum dan terus disiksa hingga pemuda itu menunjuk sang pendeta. Lalu dia minta supaya pendeta itu dihadirkan. Selanjutnya kepada pendeta itu dikatakan, ‘Kembalilah kamu ke dalam agamamu semula.’ Namun dia menolak. Raja minta agar diambilkan gergaji. Gergaji itu diletakkan di atas kepalanya, lalu membelahnya hingga kedua belahan tubuhnya terjatuh. Dipanggillah orang kepercayaannya dan dikatakan kepadanya, ‘Kembalilah kamu ke dalam agamamu semula.’ Namun dia menolak, dan sang raja meletakkan gergaji di atas kepalanya, kemudian membelahnya hingga kedua belahan tubuhnya terjatuh.
Selanjutnya, dia minta untuk menghadapkan pemuda itu kepadanya. Lalu dia mengatakan kepadanya, ‘Kembalilah kepada agamamu.’ Namun dia tetap menolak. Maka dia menyerahkannya kepada beberapa orang pengikutnya, lalu berkata, ‘Pergi dan bawalah pemuda ini ke gunung ini dan itu, dan bawalah dia naik ke atas gunung. Jika kalian telah sampai di puncaknya dan dia kembali kepada agamanya, maka jangan apa-apakan dia. Tetapi jika tidak, maka lemparkanlah dia.’ Kemudian mereka segera membawa pemuda itu naik ke gunung. Maka pemuda itu berdoa, ‘Ya Alloh, lindungilah diriku dari (kejahatan) mereka sesuai dengan kehendak-Mu.’ Maka gunung itu goncang, mereka pun berjatuhan dari gunung. Kemudian pemuda itu dengan berjalan kaki datang menemui sang raja.

kemudian raja bertanya kepadanya, ‘Apa yang dilakukan oleh orang-orang yang membawamu?’ Dia menjawab, ‘Alloh yang Maha Tinggi telah menghindarkan diriku dari kejahatan mereka.’ Maka pemuda itu diserahkan kepada pasukan lain seraya berkata, ‘Pergilah kalian dan bawalah pemuda ini dengan sebuah perahu ke tengah-tengah laut. Jika dia mau kembali ke dalam agamanya semula, maka dia akan selamat. Jika tidak, maka lemparkanlah dia ke tengah lautan.’ Lalu mereka berangkat dengan membawa pemuda tersebut. Selanjutnya, pemuda itu berdoa, ‘Ya Alloh, selamatkanlah aku dari mereka sesuai dengan kehendak-Mu.’ Maka kapal itu pun terbalik dan mereka tenggelam. Setelah itu, pemuda tersebut dengan berjalan kaki datang menemui sang raja.Dan raja berkata kepadanya, ‘Apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bersamamu tadi?’ Dia menjawab, ‘Alloh yang Maha Tinggi telah menyelamatkanku dari kejahatan mereka.’ Lebih lanjut, pemuda itu berkata kepada raja, ‘Sesungguhnya kamu tidak akan dapat membunuhku hingga kamu mengerjakan apa yang aku perintahkan kepadamu.’
‘Apa yang harus aku kerjakan?’ tanya raja itu. Pemuda itu menjawab, ‘Kamu harus mengumpulkan orang-orang di satu tanah lapang, lalu kamu menyalibku di sebuah batang pohon. Ambillah anak panah dari tempat anak panahku, letakkan pada busurnya, kemudian ucapkanlah, ‘Dengan menyebut nama Alloh, Tuhan pemuda ini.’ Lalu lepaskanlah anak panah itu ke arahku. Sesungguhnya jika kamu telah melakukan hal itu, maka kamu akan dapat membunuhku’.

Raja itu pun mengumpulkan orang-orang di satu tanah lapang. Dia menyalib pemuda itu di atas sebatang pohon , lalu mengambil satu anak panah dari tempat anak panah pemuda itu. Selanjutnya, dia meletakkan anak panah itu pada busurnya, kemudian mengucapkan Bismillahi rabbil ghulaam (dengan menyebut nama Alloh, Tuhan pemuda ini). Dia pun melepaskan anak panah itu dan mengenai bagian pelipis. Pemuda itu meletakkan tangannya di pelipisnya dan ia pun meninggal dunia. Pada saat itu orang-orang berkata, ‘Kami beriman kepada Tuhan pemuda ini.’

Kemudian ada orang datang kepada raja dan berkata kepadanya, ‘Tahukah engkau, apa yang engkau khawatirkan? Demi Alloh, kekhawatiran itu sekarang telah menjadi kenyataan. Orang-orang telah beriman.’ Raja pun memerintahkan untuk membuat parit besar di setiap persimpangan jalan dan di parit itu supaya dinyalakan api. Raja berkata, ‘Barangsiapa tidak kembali kepada agamanya semula, maka lemparkanlah dia ke dalam parit itu.’ Atau akan dikatakan kepadanya, ‘Ceburkanlah dirimu.’ Maka orang-orang pun melakukan hal tersebut, hingga datanglah seorang wanita bersama bayinya. Wanita itu berhenti dan menghindar agar tidak terperosok ke dalamnya. Maka bayi itu berkata kepadanya, ‘Wahai Ibuku, bersabarlah, sesungguhnya engkau berada dalam kebenaran.”





Subahanallah. Inilah dia kebesaran Allah. Jelas Allah ingin tunjuk kepada hambanya begitu tingginya nilai seorang pemuda. Cube kita lihat semula dimanakah kita sekarang, bagaimana hubungan kita dengan Allah, Berapa banyak kita selawat kepada Nabi SAW dalam sehari. Sebagai peringatan untuk diri yang sering lupa.


Saya cuba sifatkan pemuda seperti air. Andai air itu dibiarkan di dalam satu bekas, maka suatu hari nanti air itu akan tercemar dan menjadi busuk biarpun bekas itu ditutup. Tapi bila air itu sentiasa bergerak, maka ianya akan selamat daripada menjadi busuk. Apa yang nak cuba bawa disini ialah pemuda Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab mereka dalam mendaulatkan Islam ke serata dunia. Tiada masa untuk duduk berdiam diri tanpa bergerak untuk Islam. Jika kita mengabaikan amanah ini maka tunggulah akan azab seksa dari Allah keatas kita. Justeru, sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Kita manfaatkalah setiap peluang dan ilmu yang kita ada agar kita semua tidak dipersoalkan dihadap Allah akhirat kelak.


WALLAHUA'LAM.....

Tuesday, July 15, 2008

Tahniah!!!!!




Saya ucapkan tahniah kepada ex-student tahap spm/stpm 2007 yang telah berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga anda semua peroleh kejayaan yang berlanjutan didunia dan di akhirat. Apa yang saya dapat maklumat, antara destinasi adik-adik batch 2007 ini ialah UIAM, UKM Darul Quran n MTQN, Form 6, KIPSAS, Matrikulasi, dan banyak lagi.

Melangkah ke alam kampus kita harus ingat dan sedar ianya tidak sama seperti mana kita di sekolah dahulu. Kita perlu menempuh lebih banyak cabaran. Di luar, tiada lagi guru-guru yang nak push kita untuk belajar. Semuanya bergantung sepenuhnya pada kita. Kalau dahulu, kalau tak turun subuh kena sebat dengan ustaz Syed Nazir (zaman kami dulu la) tapi kat kampus nak tinggal semua waktu sembahyang pun tak yang nak marah.

Segala didikan yang kita dapat di TAHAP dulu seharusnya kita manfaatkan sebaik mungkin. tugas dakwah terpikul dibahu kita selaku pelajar sekolah agama. Andai kata kita mengabaikan tanggungjawab ini, maka jawablah sendiri dengan Allah kelak. Di luar ini(kampus) tenaga kita diperlukan untuk menjalankan kesinambungan tarbiah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Akhir kata, selamat berjuang dalam bidang masing-masing......

Monday, July 14, 2008

Power of Niat

Salam'alaik... Jadi untuk memulakan blog ini, saya post satu hadis yang cukup popular. Mana yang ambil PQS waktu form 5 dulu mungkin dah hafal hadis ini. Hadis ini menjadi hadis pertama dalam banyak kitab-kitab hadis. Kalau tidak percaya boleh buka kitab hadis 40 susunan Imam Nawawi. Itu salah satu contoh. Hadis ini Berkisarkan mengenai niat:
َ

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.


Gambar tahapians 02/06

Niat merupakan perkara yang amat penting dalam setiap amalan yang ingin kita lakukan. Tanpa niat yang baik boleh jadi sesuatu amalan yang kita kerjakan menjadi sia-sia. Kita ambil satu contoh tentang ukhwah. Setiap hubungan yang kita jalinkan mestilah kerana Allah. Mari kita singkap kembali sirah nabi Muhammad S.A.W. ketika penghijrahan baginda ke Madinah. Kaum Ansar menyambut baik ketibaan Kaum Muhajirin dari Mekah, mereka mendapat layanan yang baik seperti saudara kandung sendiri. Ada yang sanggup berkongsi harta untuk berniaga bersama dan ada pula yang sanggup menceraikan salah seorang isteri yang dimiliki untuk diberikan kepada saudara mereka itu. .. Subahanallah.

Akhir kata, mari kita renung kembali diri kita dan sedar kembali dari mana kita datang, untuk apa kita dijadikan, dan kemana tempatnya kita akan kembali.

Saturday, July 12, 2008

MUQADIMAH

الحمد لله رب العالمين، قيوم السموات والأرضين، مدبر الخلائق أجمعين، باعث الرسل صلواته وسلامه عليهم إلى المكلفين، لهدايتهم وبيان شرائع الدين، بالدلائل القطعية وواضحات البراهين، أحمده على جميع نعمه وأسأله المزيد من فضله وكرمه.

وأشهد أن لا إله إلا الله الواحد القهار الكريم الغفار.

وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله وحبيبه وخليله، أفضل المخلوقين المكرم بالقرآن العزيز المعجزة المستمرة على تعاقب السنين، وبالسنن المستنيرة للمسترشدين، المخصوص بجوامع الكلم وسماحة الدين، صلوات الله وسلامه عليه وعلى سائر النبيين والمرسلين وآل كل وسائر الصالحين. أما بعد،

Segala puja-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir sekelian makhluk, Pengutus para Rasul SAW kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan hidayah kepada mereka dan menerangkan syari‘at agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin) serta bukti-bukti yang jelas. Saya memuji -Nya atas segala nikmat-Nya dan saya berdo’a kepada-Nya tambahan kurniaan-Nya dan kemurahan-Nya.

Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Pemurah lagi Maha Pengampun.

Dan saya bersaksi bahawa Saiyidina Muhammad hamba-Nya dan Rasul Utusan-Nya serta kekasih-Nya, yang merupakan semulia-mulia makhluk, (Rasul) yang dimuliakan dengan al-Qur’an al-‘Aziz yang menjadi mukjizat yang berpanjangan di sepanjang zaman, juga (Rasul) yang dimuliakan dengan Sunan[1] yang bercahaya bagi orang-orang yang mencari pedoman, Rasul yang dikhususkan dengan sifat “jawami‘ al-kalim”[2] dan toleransi agama, selawat dan salam Allah ke atasnya, juga atas sekelian para Nabi dan Rasul, juga atas keluarga masing-masing serta sekelian orang-orang yang solihin.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah dengan izin daripadaNya dapat juga disiapkan blog ini. Blog ini salah satu tujuannya adalah untuk membina ukhwah serta manambahkan lagi pengetahuan kita disebalik medium dakwah melalui Internet hari ini.

Sayang sekali jika segala didikan yang kita dapat di sekolah dulu ditinggalkan begitu saja bila kita melangkah keluar dari bumi bertuah SMKA TAHAP. Jadi sebagai ikhtiar dari kami, mawujudkan blog tahapians ini untuk saling memperkukuhkan ilmu yang hubungan sesama kita.

Sebarang gambar-gambar, atikel, cerita-cerita sepanjang persekolah, perkembangan sekarang bolehlah kita kongsi bersama. Kiriman boleh dibuat ke tahapian_gen@yahoo.com. Kerjasama daripada sahabat-sahabat sekalian amat diharapkan

Sekian, terima kasih.

2. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya). > Maidah:2<