Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tuesday, August 25, 2009

Muhasabah Ramadan.. :)

Salam Ramadan...

Sekadar sebuah Artikel yang di'copy paste' untuk muhasabah kita semua...
Gune kesempatan dan kemuliaan bulan Ramadan, moga-moga Allah bantu kita semua memperoleh cintaNya... :)

Ku tinggalkan CINTA kerana DIA


Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.


Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful o¬ne, you can never build it o¬n what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah o¬n their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."



Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Wednesday, October 1, 2008

Semoga bertemu lagi.... Ramadan

Ramadan telah pun meninggalkan kita buat tahun ini. Sekarang umat Islam diseluruh dunia sedang dilanda satu fenomena yanng dahsyat iaitu HARI RAYA..............

Mungkin saya akan mengambil ruangan lain untuk kaitkan dengan fenomena diatas. Cukup sekadar tazkirah ringkas daripada gambar diatas. Apakah natijah setelah kita semua selesai melalui Ramadan Baru ini?????. Tepuk dada, kenal diri diri kita....

Friday, September 26, 2008

Misi Yang Belum Selesai

Pada hari ini telah masuk hari yang ke 26 Ramadhan, maknanya sudak 26 hari kita berpuasa. Semua umat Islam semakin ghairah untuk menyambut Aidil Fitri. Bagi ibu-ibu yang di rumah ketika ini mereka tengah sibuk membuat kuih raya.

Tapi disebalik kesibukan kita membuat persiapan raya, kita perlu ingat bahawa misi kita masih belum tamat untuk kita mendapatkan 'ijazah at-taqwa' .Sekadar untuk ingatan kita bersama, janganlah kita sia-siakan baki Ramadan yang tinggal.
Selamat beribadah, terus usaha gigih kalian.. InsyaALLAH...

Saturday, September 20, 2008

Tetamu Istimewa


Sudah agak lama Ramadhan berada disisi kita untuk tahun ini. Seperti tetamu-tetamu yang datang ke rumah kita untuk menziarahi kita, adakah kita melayan Ramadhan dengan layanan yang baik? Atau sekadar menjemputnya masuk sedang kita tidak mengendahkan kehadiran Ramadhan. Sampai sekarang, Ramadhan dah lama disisikita. Apa juadah yang kita hidangkan kepadanya? Sahabat-sahabat sekalian, ramadhan sudah ingin meninggalkan kita tidak lama lagi. Tetapi kita masih tidak menghiraukan kehadirannya. Adakah ini cara kita melayan tetamu yang berjunjung ke rumah kita?

Ramadhan melangkah masuk dengan membawa buah tangan Rahmat, Keampunan, dan pembebasan dari azab neraka. Tetapi kita seolah-olah telah menolak buah tangan tersebut. Malah melayan Ramadhan dengan layanan yang teruk….. Kita dah lupa…. Dulu Ramadhan disambut meriah dalam hidup kita. Masih ingat sewaktu kita mula belajar berpuasa? subhanAllah…. Siksanya tuhan saja yang tahu. Tapi kita tetap teruskan juga… lama kelamaan biasalah.

Ayat diatas sekadar untuk renungan kita bersama bagaimana kita meraikan Ramadhan tahun ini. Dan kita perlu kenang kembali,kalaulah Ramadhan-Ramadhan yang lepas kita boleh untuk memanfaatkan sebaik mungkin kenapa tidak pada tahun ini. Zaman persekolahan lagi mencabar kita untuk meneruskan kewajiban berpuasa. Ramadhan yang disambut sewaktu di Tahap dahulu cukup meninggalkan kenangan dan kesan kepada kita(mana yang sempat sambut Ramadhan kat Tahap lah).


Terasa betapa rindunya pada suasana dahulu, rindu pada tadarrus, qiamuallai, tazkirah, bilal solat tarawikh yang banyak kali tersilap…. Semuanya telah mematangkan kita untuk kita berhadapan dengan masyarakat luar hari ini. Tetapi semua itu telah berlalu, sekadar pembakar semangat kita sekarang bahawa ‘aku pernah bertemu dengan Ramadhan dan aku telah melayannya dengan baik’ Jadi jangan kita sia-siakan baki Ramadhan yang ada kerana takut bilamana Ramadhan mengetuk pintu rumah kita tahun hadapan tiada sahut balas dari kita kerana kita telah meninggalkan rumah itu buat selamanya…..

Saturday, August 30, 2008

Tanggal 31 ogos


Tanggal 31 ogos menjadi detik bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia. Kerana pada tarikh tersebut negara kita secara rasminya mendapat kemerdekaan. Begitulah telah terukir dalam sejarah negara kita Hari Kemerdekaan Negara. Semuanya sebenarnya telah tertulis diluh mahfuz dari awal lagi sepertimana firman Allah dalam surah hadid:

“ tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”>al-hadid:22-23<

Ayat quran diatas menerangkan bahawa jangan kita bersedih hati diatas setiap musibah yang berlaku atas diri kita. Mari kita kaitkan serba sedikit dengan kemerdekaan. Musibah dijajah oleh penjajah dahulu tidak sekadar ditangisi oleh orang dahulu. Tetapi mereka cuba sedaya upaya untuk mereka membebaskan diri mereka dari belenggu penjajah. perjuangan yang yang suci bukan sekadar ingin menyelamatkan tanah melayu tetapi juge menyelamatkan aqidah orang melayu akhirnya membawa kita kepada kemerdekaan.

"..sesungguhnya Allah tidak merubah nasib suatu kaum, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri...">ar-rad:11<

Kemenangan yang kita kecapi dahulu hendaklah disusuri dengan rasa syukur yang tidak terhingga kerena tanpa syukur Allah bila-bila masa saja boleh menarik kemerdakaan daripada negara kita. Bersyukur tidaklah sekadar merasa gembira dengan kemerdekaan, tetapi hendaklah dipelihara sambutan kemerdekaan itu supaya tidak lari dari pada landasan Islam.

Alangkah cantiknya jika kita sama-sama mengalunkan tasbih, tahmid takbir, istighfar dimalam menyambut kemerdekaan. Marilah kita sama BERSYUKUR dengan segala nikmat yang Allah berikan dengan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin dan memeliharanya daripada dikotori perkarayang dilarang dalam ISLAM


post by:syahirsaf@yahoo.com

Wednesday, August 27, 2008

Salam Ramdhan

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Hadis diatas adalah muqadimah untuk kita sebagai ingatan bahawa bulan Ramadhan hampir menjelang. Jadi apakah persiapan kita untuk meraikan bulan ramadhan? Sebagaimana yang kita tahu bulah Ramadhan tersimpan pelbagai kelebihan, sangat rugilah bagi kita bilamana bulia yang mulia ini disia-siakan.

Mungkin ada kemusykilan berkenaan dengan persiapan apa yang hendak dibuat untuk menyambut Ramadhan. Adakah persiapan seperti jubah, serban, tudung labuh atau sebagainya? Ataupun persiapan yang berbentuk makanan?

Seperti mana kita bersiap untuk menunaikan Fardhu Haji, begitu juga lah dalam ibadah puasa. Kita buka kembali kitab-kitab berkenaan dengan adab-adab ketika puasa, perkara sunat, perkara-perkara yang membatalkan puasa, dan sebagainya.

Posting kali ini sekadar muqaddimah untuk memeriahkan lagi suasana Ramadhan diseluruh tempat, ayuh kita merancakkan lagi suasana Ramadhan dengan menghidupkan budaya Islam... WaAllahu'alam....




Tuesday, August 12, 2008

Perkara Yang Merosakkan Ukhuwah


" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. "

Q.S Al-Hujuraat : 10


" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing."

Q.S Al-Hijr : 47


Berapa banyak kehidupan yang berubah menjadi keras ketika ikatan persaudaraan telah pupus, ketika sumber-sumber kecintaan kerana Allah telah kering, ketika individualisme telah menggeser nilai-nilai persaudaraan, saat itu setiap individu berada dalam kehidupan yang sukar, merasa terpisah menyendiri dari masyarakatnya.


Kebanyakan manusia pada umumnya, perilaku mereka telah tercemar oleh perkara-perkara yang dapat merosakkan persaudaraan, yang terkadang mereka menyedari perkara tersebut, dan terkadang tidak menyedarinya.


Oleh sebab itu, kami akan mencuba memaparkan beberapa perkara yang dapat merosakkan persahabatan dan persaudaraan. Sebelumnya, akan kami kemukakan terlebih dahulu beberapa hadith dan perkataan para ulama' salaf mengenai hubungan persaudaraan.


Dalam sebuah hadith yang menerangkan tentang tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari tiada naungan kecuali naungan Allah, Rasulullah menyebutkan salah satu di antaranya adalah,

" Dan dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah keranaNya. "

(HR Bukhari dan Muslim)


Dan di dalam sebuah hadith qudsi, Allah berfirman;

" Orang-orang yang saling mencintai keranaKu, berhak atas kecintaanKu "

HR Malik dan Ahmad


Muhammad bin Munkadir ketika ditanya tentang kenikmatannya dalam kehidupan ini, beliau menjawab, " Ketika bertemu dengan saudara-saudara ( sahabat-sahabat ), dan membahagiakan mereka."

Al-Hasan berkata, " Kami lebih mencintai sahabat-sahabat kami dari pada keluarga kami, kerana sahabat-sahabat kami mengingatkan kami akan kehidupan akhirat, sedangkan keluarga kami mengingatkan kami akan kehidupan dunia."

Khalid bin Shafwan berkata, " Orang yang lemah adalah yang sedikit menjalin persaudaraan. "

Perhatikanlah beberapa perkataan di atas, baik dari ayat-ayat Allah, hadith, mahupun perkataan para ulama, kemudian lihatlah pada kenyataan tentu akan menunjukkan kebenarannya. Siapakah yang menolongmu untuk mampu tetap teguh memegangi hidayah? Siapakah yang meneguhkan kamu untuk tetap istiqamah? Siapakah yang menemani kamu ketika dirundung bencana dan malapetaka? Kerana itu Umar pernah berkata, " Bertemu dengan para ikhwan dapat menghilangkan kegalauan dan kesedihan hati. "

Jika demikian, bagaimana mungkin seorang yang berakal akan mengesampingkan ukhuwah dan lebih memilih kehidupan yang kacau dan hingar bingar. Perkara-Perkara Yang Dapat Merosakkan Ukhuwah, Di Antaranya Adalah :


1. Tamak Dan Rakus Terhadap Dunia, Terhadap Apa-Apa Yang Dimiliki Orang Lain.


Rasulullah SAW. Bersabda;

" Zuhudlah terhadap dunia, Allah akan mencintai kamu. Zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, mereka akan mencintai kamu. "

HR Ibnu Majah


Jika kamu tertimpa musibah, mintalah musyawarah kepada saudaramu dan jangan meminta apa yang engkau perlukan. Sebab jika saudara atau temanmu itu memahami keadaanmu, ia akan terketuk hatinya untuk menolongmu, tanpa harus meminta atau menitiskan airmata.


2. Maksiat Dan Meremehkan Ketaatan.


Jika di dalam pergaulan tidak ada nuansa zikir dan ibadah, saling menasihati, mengingatkan dan memberi pelajaran, bererti pergaulan atau ikatan persahabatan itu telah gersang disebabkan oleh kerasnya hati dan perkara ini boleh mengakibatkan terbukanya pintu-pintu kejahatan sehingga masing-masing akan saling menyibukkan diri dengan urusan yang lain. Padahal Rasulullah SAW bersabda;

" Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak menghinakannya. Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, Tidaklah dua orang yang saling mengasihi, kemudian dipisahkan antara keduanya kecuali hanya kerana satu dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya. "

HR Ahmad


Ibnu Qayim, dalam kitab "Al-Jawabul Kafi" mengatakan, " Di antara akibat dari perbuatan maksiat adalah rasa gelisah ( takut dan sedih ) yang dirasakan oleh orang yang bermaksiat itu untuk bertemu dengan saudara-saudaranya. "


Orang-orang ahli maksiat dan kemungkaran, pergaulan dan persahabatan mereka tidak dibangun atas dasar ketakwaan melainkan atas dasar kebendaan sehingga akan dengan mudah berubah menjadi permusuhan. Bahkan perkara itu nanti akan menjadi beban di hari kiamat. Allah SWT berfirman;

" Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada

setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa ( iman dan amal soleh ). "

Q.S Az-Zukhruf : 67


Sedangkan persahabatan kerana Allah, akan terus berlanjutan sampai di syurga;

" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. "

Q.S Al-Hijr : 47


3. Tidak Menggunakan Adab Yang Baik (Syar'i) Ketika Berbicara.


Ketika berbicara dengan saudara atau kawan, hendaknya seseorang memilih perkataan yang paling baik. Allah berfirman;

" Dan katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada hamba-hambaKu ( yang beriman ), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik ( kepada orang-orang yang menentang kebenaran ); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka ( yang mukmin dan yang menentang ); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. "

(Q.S Al-Israa? : 53)


Dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda;

" Kalimah thayibah adalah shadaqah. "

HR Bukhari


4. Tidak Memperhatikan Apabila Ada Yang Mengajak Berbicara Dan Memalingkan Muka Darinya.


Seorang ulama salaf berkata, " Ada seseorang yang menyampaikan hadith sedangkan aku sudah mengetahui perkara itu sebelum ia dilahirkan oleh ibunya. Akan tetapi, akhlak yang baik membawaku untuk tetap mendengarkannya hingga ia selesai berbicara. "


5. Banyak Bercanda Dan Bersenda Gurau.


Berapa ramai orang yang putus hubungan satu sama lainnya hanya disebabkan oleh canda dan senda gurau.


6. Banyak Berdebat Dan Berbantah-Bantahan.


Terkadang hubungan persaudaraan terputus kerana terjadinya perdebatan yang sengit yang boleh jadi itu adalah tipuan syaitan.
Dengan alasan mempertahankan aqidah dan prinsipnya padahal sesungguhnya adalah mempertahankan dirinya dan kesombongannya. Rasulullah SAW bersabda;

" Orang yang paling dibenci di sisi Allah adalah yang keras dan besar permusuhannya. "

HR Bukhari dan Muslim


Orang yang banyak permusuhannya adalah yang suka mengutarakan perdebatan, perbalahan dan pendapat.


Tetapi debat dengan cara yang baik untuk menerangkan kebenaran kepada orang yang kurang faham, dan kepada ahli bid`ah, perkara itu tidak bermasalah. Tetapi, jika sudah melampaui batas, maka perkara itu tidak diperbolehkan. Bahkan jika perdebatan itu dilakukan untuk menunjukkan kehebatan diri, perkara itu malah menjadi bukti akan lemahnya iman dan sedikitnya pengetahuan.

Jadi, boleh juga dengan perdebatan ini, tali ukhuwah akan terurai dan hilang.
Sebab masing-masing merasa lebih lebih kuat hujjahnya dibanding yang lain.


7. Berbisik-Bisik ( Pembicaraan Rahsia )


Berbisik-bisik adalah merupakan perkara yang remeh tetapi mempunyai pengaruh yang dalam bagi orang yang berfikiran ingin membina ikatan persaudaraan.


Allah SWT berfirman;

" Sesungguhnya perbuatan berbisik ( dengan kejahatan ) itu adalah dari ( hasutan ) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan

dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang berimanberserah diri. "

Q.S Al-Mujaadalah : 10


Rasulullah bersabda;

" Jika kalian bertiga, maka janganlah dua orang di antaranya berbisik-bisik tanpa mengajak orang yang ketiga kerana itu akan dapat menyebabkannya bersedih. "

HR Bukhari dan Muslim


Para ulama berkata, " Syaitan akan membisikkan kepadanya dan berkata, ' Mereka itu membicarakanmu'." Maka dari itu para ulama mensyaratkan agar meminta izin terlebih dahulu jika ingin berbisik-bisik ( berbicara ra

copy right...

Semoga ukhwah Islamiyah berkekalan..