Sunday, December 6, 2009
Senioriti, Relevankah ia?
Friday, September 18, 2009
Ungkapan Khas Semua Warga TAHAP
Hmm...mcm mane dgn amalan kita selama ramadhan nie....adakah benar2 kita mengambil peluang besar yg Allah berikan pd kita nie dgn sebaik2nye????
Marilah sama2 kita memikirkan n sama2 muhasabah diri....klu byk perubahan..Alhamdulillah...jika x byk...x pe...lg 2 hari sebelum menjelang Syawal..sama2 kita rebut peluang nie....moga2 dgn segala kebaikan yg kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan nie akan berterusan selama-lamanya...insyaAllah
Adik2 or junior2 yg disygi....jg skolah bek2 yer...anda lah generasi yg akan membangunkan skolah yg tercinta itu.....SAYANG KAMU SEMUA KERANA ALLAH
Ok la...sempena Syawal yg bakal menjelang tiba nie..ana wakil shbt2 len nak ucapkan
Maaf Zahir & Batin
p/s: pd sesiapa yg berkenan nak bg duit raya tu..bleh la hulur2...hehehe...hmmm...mane2 yg nak ziarah umah...meh leh dtg sblm ana pulang ke kampus ana dlm raya ke4 or ke5....dekat je dgn skolah
Tuesday, August 25, 2009
Muhasabah Ramadan.. :)
Sekadar sebuah Artikel yang di'copy paste' untuk muhasabah kita semua...
Gune kesempatan dan kemuliaan bulan Ramadan, moga-moga Allah bantu kita semua memperoleh cintaNya... :)
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful o¬ne, you can never build it o¬n what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah o¬n their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
Sunday, August 23, 2009
H1N1 at TAHAP
Sudah banyak sekolah tutup, tidak disangka pula akan membawa ke Tahap... tetapi kata seorang pelajar tahap ni (form 6) diorang dah dapat agak sekolah akan tutup.. jadi tidak lah terlalu terkejut sebab baru-baru ni ramai sangat yang demam...
beberapa hari sebelum cuti sakit itu diumukan, ada 3 orang ex-tahap melawat sekolah.. pada asalnya ingin membatalkan niat untuk ke sana kerana diberitahu ustaz Din yang adik-adik tahap ramai pulang kerana demam... tapi, ditakdirkan Allah sampai juga mereka ke Tahap... Alhamdulillah virus tersebut tidak dibawa pulang sekali....
Sama-sama kita doakan supaya semuanya kembali baik.. amin...
Wednesday, July 8, 2009
Jubli Perak
PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMKATAHAP (XTAHAP)
Dengan hormatnya menjemput
SEMUA BEKAS PELAJAR SMKATAHAP
Ke KARNIVAL JUBLI PERAK XTAHAP dan
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN JUBLI PERAK SMKATAHAP
Yang akan disempurnakan oleh
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG
SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTAIN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MUADZAM SHAH
Pada 14 Julai 2009 (Selasa) bersamaan 21 Rejab 1430 Hijrah
Masa : 10.00 pagi
Di Dewan Besar SMKATAHAP
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Rosdi Hassan (017-3168396) , Sazul Hairi Ahmad (019-2339000) , Fadzli Yaakob (013-9778836) , Munirah Ramli (019-9388900) , Zin Azran Mansor (016-9620008) , Nurululla Hayati Harun (016-9525188)
12 Julai 2009 (Ahad)
2.00 ptg - Pameran &
Gerai Jualan Bermula
3.00 ptg - Seminar Motivasi
Bersama Nazrey Raihan
5.00 ptg - Pertandingan Street
Soccer & Paintball
9.00 mlm - Malam Kesenian Islam
Artis: Rabbani/Nazery Raihan/Nabil/
Kumpulan Raudhah
13 Julai 2009 (Isnin)
8.00 pagi - Pameran &
Gerai Jualan
8.30 pagi - Pertandingan Woodball
Pertandingan Memasak & Gubahan
Paintball
Penyampaian Hadiah
7.00 mlm - Majlis Tahlil Perdana
9.00 mlm - Forum Perdana
14 Julai 2009 (Selasa)
8.00 pagi - Pameran &
Gerai Jualan
8.30 pagi - Kempen Derma Darah
Pertandingan Mewarna
10.00 pagi - Majlis Perasmian Sambutan
Jubli Perak SMKATAHAP
Majlis Santapan Di Raja
Jamuan Tengahari
Saturday, May 16, 2009
SempeNa HaRi GuRu ini...
Kalau nak diikutkan hati ini... ingin saja kami buat satu rombongan besar-besaran nak melawat cikgu-cikgu semua dihari yang penuh diraikan ini... tapi apakan daya, ianya diluarkan kemampuan kami... (tahapian yang lain sokong saya ye... hehe.. saya buat ucapan mewakili kalian..:)....)
walaupun kalau kami datang mungkin sebahagian besar kami tidak mengenali cikgu-cikgu ni.... tapi jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa kalian di Bumi Bertuah SMKA TAHAP ini...
Doa kami semoga cikgu-cikgu sekalian di rahmati Allah, dilimpahkan taufiq dan hidayah yang berpanjangan dan diberkati seluruh kehidupan kalian.. amin.....
Akhir kata TERIMA KASIH CIKGU....;)
Thursday, April 9, 2009
Kem Bina Insan 2009
Untuk memendekkan cerita.. saya copy je la laporan ringkas yang telah sahabat kita ni wat.. lagi pun bahan tak banyak yang mendokumentasikannya.. nanti kalau blogger tahapian yang lain ada gambar bleh la upload di blog masing-masing ye.. nanti saya copy je...
copied
http://ninjasufi.blogspot.com/2009/04/kebin-09.html
Alhamdulillah dengan bantuan daripada Allah akhirnya Kem Bina Insan 2009 yang dianjurkan Unit Bina Insan SMKA TAHAP dengan kerjasama Alumni IPT selamat dilangsungkan....
Kat sini penulis malaslah nak buat laporan secara terperinci, sekadar nak mendokumentasikan sedikit sepanjang kem tersebut berlangsung...
Ni hari pertama program.. waktu tu penulis dan beberapa lagi sahabat daripada UIA baru je sampai.. ni slot riadah.. kalau ikutkan penulis ditaklifkan untuk bahagian riadah.. tapi dalam tentatif sepatutnya waktu tu bukan slot riadah... pening2... tapi program berjalan seperti biasa. Tiada kecacatan berlaku..
Malam harinya pulak selepas selesai Kuliah Dasar ialah masa untuk pembahagian kumpulan.. main jap 'angin tiup angin' ape yang ditiup tanya lah angin..
Ni time riadah pagi pulak.. mulanya muslimin dan muslimat kumpulm sekali di dataran untuk kawad yang diketua oleh Tuan Aiman dan Ustaz Fathi.. Pastu baru lah muslimat masuk ke dalam dewan buat ape ntah la... nak tunjuk gambar malas pulak.. :)
Next ialah LDK..
******************
Banyak lagi la aktiviti yang terdapat dalam kem kali ini.. kalau nak masukkan semua gambar macam letih je... sambung lain kali la... :)
Taklimat urusetia sebelum explorace..
Time explorace.. di check point IQ test..
ni tengah menguraikan simpulan benang..
*********************
Akhirnya.. selepas majlis penutup ialah sessi perpisahan antara peserta dan urus setia.
Doa penutup dan doa wahdah
Barisan sebahagian urus seria dan fasilitator yang menjayakan program kali ini..
p/s: Kehadiran kami bukanlah untuk mendapatkan sanjungan daripada mana-mana pihak, sekadar terasa beban amanah dan juga ingin melihat adik-adik sekalian menjadi insan yang cemerlang di kaca mata umat...
Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama tidak kurang juga ada tahapian yang telah menghantar sumbangan kewangan walaupun dari luar negara. Segala jasa baik kalian insyaAllah akan dibayar dengan ganjaran yang tidak terNILAI..:)