Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, July 28, 2008

TAHAP DALAM IMBAUAN KENANGAN


TAHAP DALAM IMBAUAN KENANGAN


Sebagai pembuka madah bicara buat kali pertama di sini,marilah sama kita hayati firman Allah dalam ayat pertama diturunkan ke bumi ini yang bermaksud:

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan” (surah Al-Alaq;ayat 1)

Daripada intipati ayat ini jelaslah betapa peri pentingnya kewajipan menuntut ilmu ke atas diri setiap insan sehingga Allah menurunkannya sebagai ayat perintah pertama diturunkan.

Sengaja saya meletakkan tajuk di atas yang terkandung kalimah ‘TAHAP’ kerana ingin mengajak sahabat sekalian yang pernah bergelar penghuni gedung ilmu SMKA TAHAP merenung dan menilai kembali sejarah yang pernah ditempuh di situ.Bak kata mantan PM,Tun Doktor Mahathir:”Manusia yang tidak mengkaji sejarah ialah manusia yang telah lupa asal-usulnya dan sering mengulang kembali kesilapan yang pernah dibuat dahulu”.Pasti ada yang berkata buat apa dikenang kembali sejarah yang hanya layak menjadi ‘bahan simpanan’ dalam kotak memori lama lebih-lebih lagi dalam kesibukan mengejar impian di menara gading masing-masing.Namun,sanggupkah kita untuk bergelar seperti kata pepatah ”Kacang lupakan kulit”? yang mana setelah susah payah kita bersama menempuh pahit manis perjuangan menuntut ilmu di bumi bertuah TAHAP suatu ketika dahulu dan kini bila setelah bergelar ‘produk’ keluaran TAHAP dengan semudah itu kita melupakannya?

Sedarlah wahai sahabat semua kerana takdir Ilahi telah mencampakkan kita ke bumi TAHAP dahulu lah,kita dapat mengenal apa itu usrah,tarbiah,al-mathurat,doa wehdah,laungan takbir penaik semangat,doa qunut nazilah,ikatan ukhwah,ikhtilad dan banyak lagi ungkapan lain yang tak mampu dimuatkan di sini.Sungguhpun demikian,tidak nafikan jika ada yang berkata kehidupan dia di TAHAP juga telah menambah titik hitam dalam memorinya.Kita perlu ingat seperti mana insan yang tidak pernah dapat lari daripada melakukan kesilapan dan begitu jualah bumi TAHAP tidaklah sesempurna yang diinginkan.

Masihkah kalian semua ingat kenangan di’jemur’ tengah panas terik mentari sebagai denda kerana pakaian berselerak di asrama setelah habis sesi PJ waktu pagi?itu apa yang saya ingat,maaflah kalau tersilap fakta sejarah.Atau mungkin kalian semua lebih ingat sesi ‘mengira bintang di langit’ di padang utama pada waktu malam sambil diulit bayu tengah malam kerana asrama kotor dan kes kecurian.Saya amat yakin kita semua tidak akan lupa kenangan ‘indah’ ini khususnya penghuni aspura yang sering mendapat ‘hadiah’ berharga daripada warden kesayangan.

Seandainya ada orang bertanya kepada saya sepanjang 5 tahun di bumi TAHAP dulu,waktu form berapa tahun yang paling banyak coretan memori?Sudah tentu saya menjawab ketika form 1-2002.Pada pandangan peribadi saya tahun 2002 merupakan antara TAHUN GEMILANGnya TAHAP khususnya dalam suasana biah solehah di bawah kepimpinan yang hebat dengan pelbagai kepakaran bak kata orang sekarang “macam-macam ada”.Walaupun ketika itu siri ‘UFO terbang’ dari bangunan aspura ke dewan makan untuk disambut adik-adik form 1 dan form 2 di pagi sebagai tanda ‘wala dan taat’ mengambil sarapan buat abang-abang senior masih lagi glamour.Tidak kurang juga kontroversi melanda tahun 2002 seperti cerita ‘bomoh muda’,’insiden terbuka hijab’,’perlawanan antara tok guru silat’,lawatan di malam hari tuan empunya nama sekolah’ dan banyak lagi.Apa salahnya sesekali kita mengingat serba sedikit kenangan indah ini mungkin boleh menjadi pengubat rindu setelah terpisah di bumi TAHAP pada hujung 2006.Jadikanlah ia sebagai panduan mahupun pengalaman untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

“Sekali ombak mendatang sekali pantai berubah”.Itulah pepatah yang boleh saya kaitkan di sini tentang suasana TAHAP sekarang.Setelah hampir 2 tahun meninggalkan bumi tarbiah TAHAP,saya masih tidak jemu untuk turun ke medan lama dahulu untuk bertemu para pendidik yang telah banyak berjasa mahupun bertanya khabar adik-adik pewaris mata rantai perjuangan mempertahankan biah solehah.Secara jujur saya katakan apa yang generasi baru tempuhi sudah agak jauh berbeza dengan method tarbiah yang kita lalui dahulu.Benar,BULI itu memang perbuatan ZALIM yang memang patut kita tentang namun jangan hanya kerana mengikut ‘arus perubahan baru’ hingga aspek tarbiah yang baik diganti dengan pujuk rayu,dan belaian manja.Saya tetap menyanjung tinggi usaha para pimpinan TAHAP sekarang yang masih mampu bertahan menjadi ‘defender biah solehah’ dalam menempuh serangan daripada pelbagai sudut tapi bagaimana pula dengan generasi baru yang tidak pernah sempat merasai nikmat tarbiah dahulu?Persoalan ini saya tinggalkan buat kalian semua yang masih ada perasaan ‘sayang’kan TAHAP untuk fikirkan jalan penyelesaian terbaik.Di kesempatan ini ingin juga saya menyeru kalian semua untuk sama-sama turun ke bumi berjasa –SMKA TAHAP sepertimana diumum dalam web TAHAP akan berlangsungnya Sambutan Jubli Perak SMKA TAHAP dalam bulan ogos ini.insyaALLAH.”Bumi TAHAP kami merinduimu”



Disediakan oleh: sharif_iskandar89@yahoo.com

No comments: